1988
{Kalau orang bercerita tentang kapten…kalau orang bercerita tentang laut……kalau orang bercerita bagaimana pelaut dan pedagang dahulu menggunakan bintang-bintang, bulan sebagai panduan belayar…aku begitu seronok…tambahan pula disekolah (SMKAA) ada disebut pelaut dan pedagang dari barat dan timur jauh begitu berani merentas lautan luas. Secara diam aku pasang angan-angan. Aku ingin seperti mereka}
3 Ogos 1988
Suatu hari akhbar ada mengiklankan pengambilan pelajar baru di Maritime Academy Malaysia (ALAM) untuk sesi ketiga tahun 1988. ..…inilah peluang…aku memohon kursus tersebut….walaupun ketika itu aku masih belajar di tingkatan enam bawah.
Ogos 1988
Beberapa minggu kemudian aku menerima surat dari ALAM untuk interview.
Tidak rabun warna, antara syarat yang penting, memiliki kecekalan, selain dari aspek ketinggian dan berat diambil kira. Sebelum menghadiri interview perlu menduduki ujian (Letter Test dan Lantern Test) di pejabat syahbandar Trengganu untuk menentukan layak atau tidak.
Aku tidak hadir ke sekolah, tanpa notis. Aku bertolak dari Kuantan ke Kuala Trengganu sehari sebelum ujian .Pejabat Shahbandar Jalan Sultan Zainal Abidin. Jam 8 mlm tiba disana. Tak tau nak pergi mana… ujian mata pun keesokan harinya…mundar mandir Bandar Kuala Trenggan… pertama kali jejak kaki disini. Bila dah penat cari warung…minum air secawan kemudian cari masjid untuk bermalam.
Malam di Kuala Trengganu
Lepas solat Isyak aku terus baring luar masjid…sedar tak sedar dah hampir ke subuh….terkejut aku….ada mamat bermisai duduk mengadap aku…Mamat tu banyak lak songel…lain macam je Mamat ni macam tak betul…apa lagi aku cabut lahh…belahhhh…
21 Ogos 1988 jam 9 pagi
Aku di Pejabat Syahbandar. Ujian dah start…pegawai laut tu minta aku masuk dalam bilik ujian yang gelap….disitu terdapat lampu kecil ada 3 warna (merah, kuning dan hijau)
Dan akhirnya….ujian aku lulus dengan cemerlangnya…gembira bukan main…ini adalah titik permulaan langkah pertama….Aku pulang ke Kuantan…pulang ke rumah…Mak aku dah risau dan bertanya bermacam-macam kemana hilang sehari semalam nih….???
Ibu…mintak maaf banyak-banyak waktu pergi Trengganu tak bagi tau….