Selasa, 24 Ogos 2010

Tersebutlah kisah...





1980


Semasa di bangku sekolah rendah cikgu pernah bertanya "apa cita-cita kamu"...secara spontan aku menjawap "nak jadi cikgu"...mungkin tak tau apa maknanya cita-cita, maka aku main tembak je...walhal aku sendiri tak pernah impikan untuk seperti mereka...mengajar dan seterusnya mendidik...
Hari semakin bertambah....bulan semakin beredar...tahun silih berganti...suatu hari, aku dan teman sepermainan di kampung duduk berkumpul bersembang bercerita..."Lie..dah abis sekolah nanti kau nak kerja apa"...kawan aku kata..."Kapten Kapal"...boleh belayar jauh ke negara orang, boleh belajar adat resam negara orang, dan boleh macam-macam laa...Lie tanya aku "kau pulak nak jadi apa"...ntah..tak tau....jadi cikgu kot

Tiada ulasan: