Jumaat, 27 Ogos 2010

Kisah Empat


Malam sebelum bertolak ke ALAM

Ibu sejak dua tiga hari lalu asyik berendam air mata...berat benar nak lepaskan anak dia ni...maklumlah pergi bukannya dekat, Melaka..jauh tu...kemudian ke oversea pulak....itulah ibu.....betapa kasih ibu...kasih sejati. Ayah macam seronok, perangai ayah lain, orang lelaki lah katakan walau seberat mana tanggungjawab tetap digalas.

Petang itu bapa saudara aku datang menziarah....merasa jugak duit saku RM10.00, waktu tu duit sebesar itu dah kira banyak. Terimakasih Pak Chu...kalau ada lebeh kasi la lagi :)...
Pak Chu kata..."Lan pecah monopoli keluarga".

Malam....

Malam itu aku packing barang-barang keperluan...2 bag jugak. Sendat dan padat, penuh ngan baju seluar lama...ibu turut sama membantu..."Sudah lah mak, tak yah nangis laaa"...lan pergi berkursus dan nak kerja, mak izinkanlah erkk!!....

Adui...malam tu malam syahdu...aku tak lena. Walau ibu menyediakan tilam kabu empuk sekalipun, walau ibu menyajikan masakan paling digerami petang tadi. Buat pertama kali dalam dairi hidup aku akan berpisah dengan keluarga menuju ke distinasi yang mana aku pasti menjanjikan seribu kenangan, sejuta harapan.

Pagi itu....

Berbekalkan nasihat, semangat...aku menlangkah dari rumah ke station bas. Ibu berpesan " Lan...jangan pandang belakang"..nanti rindu...aku salam, peluk, cium ibu puas-puas...juga ayah dan adik beradik yang lain. Bag digalas, langkah ku atur, aku tak pandang belakang lagi....selamat jalan.

Di Melaka...




Aku tiba di Klebang Melaka, rumah abg Rahmat, dia ni kawan abang aku (abg Lie). Abang Rahmat dengan senang hati menjemput aku bermalam dirumahnya....terasa sungguh janggal dan tak selesa, mana tidaknya rumah orang berada...aku dah terbiasa dengan kehidupan susah, tapi...kata orang jangan pandang pada luaran.....Memang benar...orang-orang Melaka ni nampak je kasar tapi hati mereka putih bak salju.


Abang Rahmat...



Abang Rahmat memandu arah perjalanan aku ke Kuala Sungai Baru, tempat di mana aku akan tinggal berkursus. Tiba di Perkapalan Kuala Sungai Baru...tersergam indah pintu gerbang tanda selamat datang..Akademi Laut Malaysia...wah!!....hebatnya....aku lihat ramai peserta kursus tiba dan berkumpul di dewan, masing-masing buat hal sendiri...tak kenal maka tak cinta...apa lagi sifat azali aku dah memang pendiam, buat dek je la...bukan sombong erkk..

Kami peserta kursus terdiri dari jurusan DEK, ENGINE, CATERING masing-masing terpinga sewaktu pegawai disitu menyergah dan meminta kami berbaris di dewan....Disuatu sudut lapang diluar dewan peserta kursus kadet segak berpakain putih berkawat penuh bergaya...kami teruja...


Tiada ulasan: